Wednesday 9 November 2011

Jangan pernah berubah.....cinta selamanya

Awal Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Jom..dari duduk rumah, bosan plak.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Abang penat laaa..Ayang pergi sendiri laaa..naik lrt ke..drive
ke..teksi ke.."
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "apa shopping moping..?..aku kompang kang...."

***

Awal Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "OK..no problem.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "Awak tak boleh masak ke ?"
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "awak nikah je lah ngan mamak kedai tu..."

***

Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang mengandung.."
Suami : "Abang tak sabar nak lihat anak kita.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Abang tolong buat susu anak.."
Suami : "Abang mengantuk laa..ayang buat laaa.."
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Cuba awak tegur anak tu sikit.."
Suami : "Haiii..anak awak..memang ikut mak...gerenti bengong nyer..."

***

Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "OK..no problem.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "Saya penat, awak ajelahh yang buat.."
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : " apa kata awak masak, awak kemas, awak buat sumer...saya nak kuar ngan maid kita yg baru ni...."..

***

Awal Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Apa yang ayang inginkan.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Setiap tahun saya berikan...tak cukup lagi ke ?"
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "kompang nak ?"...

***

Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : "takpe, biar abang masak.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : "masak jer la apa2 jer.."
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : " bakar je lar dapur tu..."...

Sunday 6 November 2011

salam Aidiladha......

Salam Aidiladha...berjumpa lagi kita pada raya korban tahun ini,sungguh tak terasa masa berlalu,seakan baru semalam kita beraya adilfitri....tahun ini raya korban kami sekeluarga dalam keaadaan sederhana dan beraya di perantau sahaja......entah kenapa raya kali semua menu tak menjadi hingga puding pun tak menjadi sedangkan mengunakan resepi dan sudah 3 kali akak buat puding yang menjadi kegemaran anak teruna akak...iaitu puding cheese....2 hari yang lepas akak kurang sihat,kepala terasa berat ditambah selsema datang tanpa diundang...ini pun masih terasa berpusing mungkin ditambah makan daging..tadi sempat juga membuat sup dimana terbaik dari ladang masih fresh bebenar hiihiihi sup ekor wow sunggup sedap kaw-kaw rasanya...walaupun tanpa mengguna perencah sup pujut abadi seperti biasa....

ini pula rendang warisan dari inek,meskipun berlainan ugama namun mak iaitu inek pangilan  nenek dalam bahasa iban,sarawak....tidak dinafikan yang mak pun hebat dalam bab memasak mungkin akibat pergaulan selama bapa bekerja sebagai seorang warder penjara..rendang ini sungguh simple pembuatan nya....
Rendang Ayam Ala inek;
seekor ayam,
serai,halia,lengkuas,bawang merah,bawang putih-diblend
cili kering-diblend
kerisik
sedikit planta/marjerin
rempah tumis
daun kunyit & daun limau purut
gula apong(gula melaka)
pati santan
masuk kesemua bahan2 kecuali daun kunyit & kerisik tunggu masakan telah embuk baru masuk ke2 bahan itu...masakan ini tak perlu ditumis dengan minyak...apa orang kata rendang rebus...baik untuk kesihatan heehee~.~
     'selamat mencuba' semudah 1 2 3

Friday 4 November 2011

spaghetti simple.....

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia.....pada 2hb yang lalu akak ke pentas teater anjuran UMS semperna hari wanita,SEMURNI KASIH UMMI tajuk nya seperti amat berat dan sedih ceritanya tapi rupa-rupanya tidak,ia merupakan muzikal teater ditambah sikit lawak jenaka ,  mungkin mudah bagi penonton memahami dan tidak bosan kerna isu itu tidak pernah ada kesudahan,malah pelbagai cara dan pendekatan diambil untuk mencegah kejadian dalam masyarakat kita hari ini...iaitu isu pembuangan bayi....anak luar nikah...isu nya salah siapa????adakah salah ibubapa yang tak tahu jaga anak atau salah anak terlalu ingin mencuba atau godaan syaitan yang kuat atau iman kita yang nipis?????     siapa akak nak bincangkan hal tersebut...cuma akak nak katakan bertegaslah dengan anak2 dan pantaulah anak2 agar tidak terpesong,berkawan dengan mereka buat mereka seperti rakan dan sahabat baik kita,beri didikan agama dan beri contoh terbaik kepada mereka..semua bermula dari rumah,kasih-sayang dan belaian mesra antara kita sekeluarga amat penting....Ya ALLAH lindungilah kami semua dari godaan syaitan perkuatan iman kami...amin....kita tinggalkan masalah itu buat seketika...
akak masih tidak sihat,selsema dan kepala masih berat ,perubahan cuaca mungkin menyumbang kepada keadaan akak ini...tapi apa2 pun selera akak tetap ada...untuk sarapan pagi tadi akak teringin nak makan spaghetti,kebetulan itu juadah kegemaran anak...bahan2:
        spaghetti,isi ayam,susu cair,daun sup,bawang besar,bawang putih..simple aje semua bahan2 ada dalam simpanan dan mudah didapati....heeheee

Tuesday 1 November 2011

cintaku kini dan selama-lamanya

Lelaki ini yang selalu mencintaku
Selalu, tanpa ragu
Lelaki ini yang selalu memuja
Hanya diriku
Yang bertakhta dalam sanubariku
Sanubari ku
Aku yang mencintakan mu
Hanya dirimu…

Karena cintaku, tak berbatas waktu
Karena cintaku, tak mengenal jenuh hatimu......lelaki ini <3<3<3                                          

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini
Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi
Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini
Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati