Wednesday 9 November 2011

Jangan pernah berubah.....cinta selamanya

Awal Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Jom..dari duduk rumah, bosan plak.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Abang penat laaa..Ayang pergi sendiri laaa..naik lrt ke..drive
ke..teksi ke.."
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "apa shopping moping..?..aku kompang kang...."

***

Awal Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "OK..no problem.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "Awak tak boleh masak ke ?"
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "awak nikah je lah ngan mamak kedai tu..."

***

Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang mengandung.."
Suami : "Abang tak sabar nak lihat anak kita.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Abang tolong buat susu anak.."
Suami : "Abang mengantuk laa..ayang buat laaa.."
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Cuba awak tegur anak tu sikit.."
Suami : "Haiii..anak awak..memang ikut mak...gerenti bengong nyer..."

***

Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "OK..no problem.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "Saya penat, awak ajelahh yang buat.."
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : " apa kata awak masak, awak kemas, awak buat sumer...saya nak kuar ngan maid kita yg baru ni...."..

***

Awal Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Apa yang ayang inginkan.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Setiap tahun saya berikan...tak cukup lagi ke ?"
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "kompang nak ?"...

***

Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : "takpe, biar abang masak.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : "masak jer la apa2 jer.."
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : " bakar je lar dapur tu..."...

Sunday 6 November 2011

salam Aidiladha......

Salam Aidiladha...berjumpa lagi kita pada raya korban tahun ini,sungguh tak terasa masa berlalu,seakan baru semalam kita beraya adilfitri....tahun ini raya korban kami sekeluarga dalam keaadaan sederhana dan beraya di perantau sahaja......entah kenapa raya kali semua menu tak menjadi hingga puding pun tak menjadi sedangkan mengunakan resepi dan sudah 3 kali akak buat puding yang menjadi kegemaran anak teruna akak...iaitu puding cheese....2 hari yang lepas akak kurang sihat,kepala terasa berat ditambah selsema datang tanpa diundang...ini pun masih terasa berpusing mungkin ditambah makan daging..tadi sempat juga membuat sup dimana terbaik dari ladang masih fresh bebenar hiihiihi sup ekor wow sunggup sedap kaw-kaw rasanya...walaupun tanpa mengguna perencah sup pujut abadi seperti biasa....

ini pula rendang warisan dari inek,meskipun berlainan ugama namun mak iaitu inek pangilan  nenek dalam bahasa iban,sarawak....tidak dinafikan yang mak pun hebat dalam bab memasak mungkin akibat pergaulan selama bapa bekerja sebagai seorang warder penjara..rendang ini sungguh simple pembuatan nya....
Rendang Ayam Ala inek;
seekor ayam,
serai,halia,lengkuas,bawang merah,bawang putih-diblend
cili kering-diblend
kerisik
sedikit planta/marjerin
rempah tumis
daun kunyit & daun limau purut
gula apong(gula melaka)
pati santan
masuk kesemua bahan2 kecuali daun kunyit & kerisik tunggu masakan telah embuk baru masuk ke2 bahan itu...masakan ini tak perlu ditumis dengan minyak...apa orang kata rendang rebus...baik untuk kesihatan heehee~.~
     'selamat mencuba' semudah 1 2 3

Friday 4 November 2011

spaghetti simple.....

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia.....pada 2hb yang lalu akak ke pentas teater anjuran UMS semperna hari wanita,SEMURNI KASIH UMMI tajuk nya seperti amat berat dan sedih ceritanya tapi rupa-rupanya tidak,ia merupakan muzikal teater ditambah sikit lawak jenaka ,  mungkin mudah bagi penonton memahami dan tidak bosan kerna isu itu tidak pernah ada kesudahan,malah pelbagai cara dan pendekatan diambil untuk mencegah kejadian dalam masyarakat kita hari ini...iaitu isu pembuangan bayi....anak luar nikah...isu nya salah siapa????adakah salah ibubapa yang tak tahu jaga anak atau salah anak terlalu ingin mencuba atau godaan syaitan yang kuat atau iman kita yang nipis?????     siapa akak nak bincangkan hal tersebut...cuma akak nak katakan bertegaslah dengan anak2 dan pantaulah anak2 agar tidak terpesong,berkawan dengan mereka buat mereka seperti rakan dan sahabat baik kita,beri didikan agama dan beri contoh terbaik kepada mereka..semua bermula dari rumah,kasih-sayang dan belaian mesra antara kita sekeluarga amat penting....Ya ALLAH lindungilah kami semua dari godaan syaitan perkuatan iman kami...amin....kita tinggalkan masalah itu buat seketika...
akak masih tidak sihat,selsema dan kepala masih berat ,perubahan cuaca mungkin menyumbang kepada keadaan akak ini...tapi apa2 pun selera akak tetap ada...untuk sarapan pagi tadi akak teringin nak makan spaghetti,kebetulan itu juadah kegemaran anak...bahan2:
        spaghetti,isi ayam,susu cair,daun sup,bawang besar,bawang putih..simple aje semua bahan2 ada dalam simpanan dan mudah didapati....heeheee

Tuesday 1 November 2011

cintaku kini dan selama-lamanya

Lelaki ini yang selalu mencintaku
Selalu, tanpa ragu
Lelaki ini yang selalu memuja
Hanya diriku
Yang bertakhta dalam sanubariku
Sanubari ku
Aku yang mencintakan mu
Hanya dirimu…

Karena cintaku, tak berbatas waktu
Karena cintaku, tak mengenal jenuh hatimu......lelaki ini <3<3<3                                          

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini
Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi
Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini
Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Monday 31 October 2011

pansuh 'manok' + sambal udang kering ummm

bertemu lagi kita di minggu baru tapi di hujung bulan oktober....Alhamdulillah masih diberi ruang dan peluang untuk bertapak dimuka bumi yang permai ini......hari ini terasa malas nak ke dapur,sebenarnya tak tahu menu apa nak hidangkan pada keluarga ,lebih-lebih lagi anak yang pulang dari sekolah pasti bertanya:apa menu hari ini mama????last-last duduk punya duduk,seorang sahabat fb menyarankan goreng ikan bilis o buat sambal belacan...lantas di fikiran nak berulam lah pasti menyelerakan,kebetulan lama pucuk ubi kayu dibelakang rumah tak diambik so apa lagi itu ulaman nanti.,untuk sambalnya akak buat sambal udang kering...pasti 
'terangkat' bagi pedas sikit,pedas sangat tak elok untuk kesihatan....


untuk menu ke2,akak buat pansuh 'manok'...'manok'bahasa sarawak, adalah ayam...selalu orang kampung masak pansuh dalam buluh...oleh kerana zaman dah berubah, pansuh boleh dimasak dalam periuk sahaja cuma rasanya kurang sedikit tiada aroma buluh...Bahan2;ayam dipotong macam biasa,pucuk ubi kayu,halia,serai,bawang merah,bawang putih,(upak calak o tepus)jika suka ...gaul kesemua bahan2 tersebut dan dimasak dengan api sederhana bubuh sikit air...masak hingga ayam empok...selamat mencuba...

Sunday 30 October 2011

Sepetang di Tanjung Aru

salam dihujung minggu buat semua teman yang dikasihi...tak terasa kita sudah berada dihujung bulan oktober dengan itu juga 2 bulan lagi kita akan menyambut tahun baru 2012...sudah kah tercapai azam ditahun ini???sudah !!!alhamdulillah bagi yang belum tu masih belum terlambat,kalau tidak pun boleh di azam itu ke tahun depan heehee boleh ke????untuk kita boleh lah janji ada azam....apa azam akak???biar lah rahsia macam tajuk lagu siti pula hahaha....kita tinggal dudlu kisah azam biarlah ia berlalu masa dan waktu....petang tadi sempat menjenguk ke pantai rasa2 lama dah tak kesana...alhamdulillah seperti biasa ramai penghujung yang datang bersama famili tercinta....

sempat juga akak merakamkan pemandang tadi,dengan suasana yang redup dan udaranya sepoi-sepoi bahasa terasa lapang dada dari kesibukan kota....namun kusangka redup sampai matahari terbenam rupa2nya hujan renyai pun turun membasahi bumi bawah bayu...sayang sekali akak tak dapat nak merakamkan mentari berbenam kalau tak tentu cantik,keindahan ciptaan yang MAHA KUASA.....

Friday 28 October 2011

nasi goreng kasih sayang

Assalamualaikum dan selamat jumaat buat semua kenalan..alhamdullilah cuaca sangat baik,sinar mentari telah terpancak dikepala...jemuran akak pun berada di ampaian,rumah pun telah bersapu,tinggal perut perlu diisi,almaklum semalam tak makan nasi...selepas menjengok saudara di hospital...Alhamdulillah beliau selamat menjalani pembedahan di perut atas sakit ENDOMETRIOSIS..Oleh kerana memang fobia dengan pembedahan maka selera makan pun hilang buat seketika...untuk mengisi perut yang sedang berbunyi macam drum,maka bersarapan dengan juadah berat amat perlu heehee-nak balas dendam lah.......tengok nasi ada lebih,jadi akak rasa nak buat nasi goreng...BAHAN2:nasi,bawang putih,bunga kantan,daun sup/daun bawang,cili padi,telur,bawang merah digoreng dan minyak bijian....