Monday 31 October 2011

pansuh 'manok' + sambal udang kering ummm

bertemu lagi kita di minggu baru tapi di hujung bulan oktober....Alhamdulillah masih diberi ruang dan peluang untuk bertapak dimuka bumi yang permai ini......hari ini terasa malas nak ke dapur,sebenarnya tak tahu menu apa nak hidangkan pada keluarga ,lebih-lebih lagi anak yang pulang dari sekolah pasti bertanya:apa menu hari ini mama????last-last duduk punya duduk,seorang sahabat fb menyarankan goreng ikan bilis o buat sambal belacan...lantas di fikiran nak berulam lah pasti menyelerakan,kebetulan lama pucuk ubi kayu dibelakang rumah tak diambik so apa lagi itu ulaman nanti.,untuk sambalnya akak buat sambal udang kering...pasti 
'terangkat' bagi pedas sikit,pedas sangat tak elok untuk kesihatan....


untuk menu ke2,akak buat pansuh 'manok'...'manok'bahasa sarawak, adalah ayam...selalu orang kampung masak pansuh dalam buluh...oleh kerana zaman dah berubah, pansuh boleh dimasak dalam periuk sahaja cuma rasanya kurang sedikit tiada aroma buluh...Bahan2;ayam dipotong macam biasa,pucuk ubi kayu,halia,serai,bawang merah,bawang putih,(upak calak o tepus)jika suka ...gaul kesemua bahan2 tersebut dan dimasak dengan api sederhana bubuh sikit air...masak hingga ayam empok...selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment