Monday 31 October 2011

pansuh 'manok' + sambal udang kering ummm

bertemu lagi kita di minggu baru tapi di hujung bulan oktober....Alhamdulillah masih diberi ruang dan peluang untuk bertapak dimuka bumi yang permai ini......hari ini terasa malas nak ke dapur,sebenarnya tak tahu menu apa nak hidangkan pada keluarga ,lebih-lebih lagi anak yang pulang dari sekolah pasti bertanya:apa menu hari ini mama????last-last duduk punya duduk,seorang sahabat fb menyarankan goreng ikan bilis o buat sambal belacan...lantas di fikiran nak berulam lah pasti menyelerakan,kebetulan lama pucuk ubi kayu dibelakang rumah tak diambik so apa lagi itu ulaman nanti.,untuk sambalnya akak buat sambal udang kering...pasti 
'terangkat' bagi pedas sikit,pedas sangat tak elok untuk kesihatan....


untuk menu ke2,akak buat pansuh 'manok'...'manok'bahasa sarawak, adalah ayam...selalu orang kampung masak pansuh dalam buluh...oleh kerana zaman dah berubah, pansuh boleh dimasak dalam periuk sahaja cuma rasanya kurang sedikit tiada aroma buluh...Bahan2;ayam dipotong macam biasa,pucuk ubi kayu,halia,serai,bawang merah,bawang putih,(upak calak o tepus)jika suka ...gaul kesemua bahan2 tersebut dan dimasak dengan api sederhana bubuh sikit air...masak hingga ayam empok...selamat mencuba...

Sunday 30 October 2011

Sepetang di Tanjung Aru

salam dihujung minggu buat semua teman yang dikasihi...tak terasa kita sudah berada dihujung bulan oktober dengan itu juga 2 bulan lagi kita akan menyambut tahun baru 2012...sudah kah tercapai azam ditahun ini???sudah !!!alhamdulillah bagi yang belum tu masih belum terlambat,kalau tidak pun boleh di azam itu ke tahun depan heehee boleh ke????untuk kita boleh lah janji ada azam....apa azam akak???biar lah rahsia macam tajuk lagu siti pula hahaha....kita tinggal dudlu kisah azam biarlah ia berlalu masa dan waktu....petang tadi sempat menjenguk ke pantai rasa2 lama dah tak kesana...alhamdulillah seperti biasa ramai penghujung yang datang bersama famili tercinta....

sempat juga akak merakamkan pemandang tadi,dengan suasana yang redup dan udaranya sepoi-sepoi bahasa terasa lapang dada dari kesibukan kota....namun kusangka redup sampai matahari terbenam rupa2nya hujan renyai pun turun membasahi bumi bawah bayu...sayang sekali akak tak dapat nak merakamkan mentari berbenam kalau tak tentu cantik,keindahan ciptaan yang MAHA KUASA.....

Friday 28 October 2011

nasi goreng kasih sayang

Assalamualaikum dan selamat jumaat buat semua kenalan..alhamdullilah cuaca sangat baik,sinar mentari telah terpancak dikepala...jemuran akak pun berada di ampaian,rumah pun telah bersapu,tinggal perut perlu diisi,almaklum semalam tak makan nasi...selepas menjengok saudara di hospital...Alhamdulillah beliau selamat menjalani pembedahan di perut atas sakit ENDOMETRIOSIS..Oleh kerana memang fobia dengan pembedahan maka selera makan pun hilang buat seketika...untuk mengisi perut yang sedang berbunyi macam drum,maka bersarapan dengan juadah berat amat perlu heehee-nak balas dendam lah.......tengok nasi ada lebih,jadi akak rasa nak buat nasi goreng...BAHAN2:nasi,bawang putih,bunga kantan,daun sup/daun bawang,cili padi,telur,bawang merah digoreng dan minyak bijian....

Thursday 27 October 2011

kerabu manga

macam biasa seawal jam 10pagi ,bermula tugas harian iaitu memasak...oleh kerana di kk dah musim manga,apa kata kita cuba resepi kerabu manga,selalunya orang guna manga yang muda,tapi akak nak cuba guna yang telah masak..nak kelainan sedikit....bahan2 kerabu:: manga yang masak,cili padi,udang kering,bunga kantan dan selalu guna daun kunyit tapi akak ganti dengan daun cantik manis....oh perasa jangan lupa...akak tak bubuh garam kerna udang kering dah terasa masin...kurang garam dalam masakan...al-maklum dah masuk 4 series kena jaga kesihatan...kurangkan pengambilan gula dan garam heeheee

Add caption
untuk menu ke2,akak masak ayam...2 hari lepas dah masak ikan,jadi hari berlaukkan ayam lah...ayam masak kicap,akak guna 3 rasa kicap iaitu pekat,manis dan masin...kentang akak masak sekali suka rasa kentang,dapat kurangkan pengambilan nasi...dan akak tak tumis bahan2 bawang merah,bawang putih,halia,serai dan lengkuas tapi akak gaulkan semua bahan bersama ayam dan kicap,biarkan 1 jam,selepas 1 jam,akak masak dengan api yang sederhana masukkan sedikit air...didikkan bila dah pekat airnya ..masak lah ia....


Wednesday 26 October 2011

sup telur bersama kentang

 selamat tengahari dan selamat Deepavali kepada sahabat-sahabat yang beragama hindu.....Niat nak keluar jalan-jalan 'cuci mata' memandangkan hari ini off day bagi yang berkerja...tapi tidak bagi kami yang surirumah sepenuhnya.....maka menu tengahari ini adalah SUP TELUR BERSAMA KENTANG.                                  
bahan2:
TELUR
 KENTANG
TOMATO
DAUN SUP/DAUN BAWANG
BAWANG MERAH
BAWANG PUTIH
KULIT KAYU MANIS
BUNGA LAWANG

tumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan untuk hiasan,suka buat sendiri kerna aromanya lebih dari beli di kedai....didihkan kentang bersama rempah ratus,didih hingga lembut,masukkan garam dan sedikit perasa..jangan lupa serbuk lada...bila dah kentang dah masak masuk telur,tomato dan akhir sekali daun sup...makan waktu sup masih panas...kalau nak pedas masukkan hirisan cili....selamat mencuba....

Tuesday 25 October 2011

terung goreng bersos udang kering

entah mengapa hari ini terasa tak makan 'lunch' kerna pagi dah bersarapan dengan roti canai dan nasi goreng...jadi nya tengahari  tak memasak lah....

setelah bangun tidur petang,terasa nak makan terung goreng dengan sos udang kering dan sambal goreng tempay untuk makan malam nanti....kalau makan
nasi dengan terung goreng bersos udang kering memang 'ngam' tambah cuaca sejuk selepas hujan tadi...untuk menambah selera 'dinner'aku masak sambal goreng tempay...seperti biasa bila ada sambal goreng tempay kena goreng ikan...so aku goreng ikan kembong penambah menu dinner ku malam ini.....ketika ini perut memang tengah berirama kerongcong tapi kena tunggu cik abang balik dari dewan badminton dulu....makan bersama adalah acara rasmi bagi kami sekeluarga walaupun bilangan nya kecil tapi seronok,itu saja masa duduk bersama....

SyUkUr

Hari-hari yang dilalui tak sama...semalam ku menangis hari ini ku ketawa,semalam ku gembira dan insyaALLAH hari ini lebih gembira dan tenang dalam kehidupan...pagi tadi ku melihat terbitnya mentari masyaALLAH cantik sungguh...hari-hari ku lalui jalan yang sama untuk menghantar anak ke sekolah dan akan terpandang mentari terbit dan baru ku sedari yang matahari akan terbit tak sama setiap hari,begitu juga dengan kehidupan kita.....topik MHI ini sungguh menyentuh jiwa...remaja masa kini pentingkan kehidupan dunia dari kehidupan akhirat...sanggup menjual diri demi sehelai baju yang branded....ya ALLAH,lindungi kami dari kemurkaan dunia dan akhirat...amin

Monday 24 October 2011

sambal belacan...

 Alhamdulillah bertemu lagi kita pada hari isnin bersamaan 24.10.2011......sesungguhnya pagi ini amat segar udaranya kerana selepas semalaman hujan....sejuk.....
Sahabat yang dikasihi telah makan tengahari???heehee biar aku jawab sendiri persoalan itu...masih awal lagi jam baru 10.35am.entah mengapa pagi ini awal pula tugas memasakku selesai...seperti biasa 3 jenis menu cukup untuk ku dan family menjamu selera....1)ulam cantik manis bersambal ikan bilis perah limau..untuk lebih rasa masam,ku hiris kulit limau...
 2)ikan masin gelama aduh menyelerakan......
3)ini menu untuk anak pula sup kaki ayam,dimana kaya dengan omega...sudah menjadi kemestian setiap kali makan mesti ada sup....

masakan kampung tetap menjadi pilihan kami sekeluarga....selamat menjamu selera

Sunday 23 October 2011

Alhamdulillah dengan rezeki yang ALLAH beri,dapat menikmati makan tengahari dengan beitu berselera sekali....dalam peti sejuk ada ikan siakap...lantas ku goreng...dalam duduk terpandang sos tiram,sos cili dan sos tomato lalu terasa nak buat ikan siakap 3 rasa....ditambah peti sejuk masih ada timun,tomato dan daun sup bersama daun bawang,lengkap sudah....so apa lagi menjadi jua IKAN SIAKAP 3 RASA.....

Saturday 22 October 2011

assalamulaikum dn salam 1 malaysia......

Alhamdulillah masih diberi ruang dan peluang menghirup udara segar di pagi yang damai di bumi bawah bayu.......

Inilah aktiviti kami sekeluarga dihujung minggu,berjogging....dibumi bawah bayu sinar mentarinya awal bersinar seawal 6 pagi...kebiasaannya 3 atau 4 pusingan ditaman perdana sudah mencukupi...
nilah wajah anak kesayanganku,dia racun dan dia juga racun...heeheee




inilah hero yang perlu bersenam demi kesihatan,namun tidak boleh 'terlebih'nanti memudaratkan diri,sekadar keluarkan peluh setelah 5 hari bekerja....



selepas bersenam,kedai mamam lah tempat melepas lelah...pekena teh tarik,milo ais dan tosai adalah menu wajib.....

Friday 21 October 2011

aku telah memilihmu dengan dukaku,
dengan ketawaku,
biarlah jejarimu
menjalin duka dan gembiraku menjadi sehamparan sutera
hidup yang terindah....

aku telah memilihmu
mengisi siang dan malamku,
biarlah perasaanmu yang halus menenunnya
menjadi sebuah usia rumahtaangga yang bererti...

aku telah memilihmu
memasuki rahsia hatiku
hiasilah kepunyaanmu
seperti kau hiasi wajahmu........sayang ABAM87
 hujan dan sejuk,tak tahu nak buat apa...atas permintaan anak nak makan 'tumpik'...nak tak nak ke buat juga...kasian
anak mama....'tumpik'ini sama seperti lempeng atau pancake....kalau anak suka di cecah dengan susu manis atau madu....
kalau rajin sikit boleh ditambah pisang yang dileyek sedapppp....

'walau setinggi mana kedudukan atau pangkat,makanan ini tetap menjadi pilihan keluarga'asal dari kampung.....
andai dapat ulangi zaman kanak2,kan seronok....bermain tak kira panas atau hujan...redah sahaja,janji happy-best giler.....
wahai anak-anakku nikmatilah zaman kanak-kanak dengan sebaik mungkin tak berulang saat itu dalam hidup kita,ia akan menjadi kenangan silam...
seperti yg kita lihat di gambar sebelah,andai tidak diperbaiki maka akan roboh lah jalan ini...begitu juga dengan kita....mohon maaf andai terkasar bahasa yang ku
gunakan...sedikit demi sedikit iman kita terhakis andai tidak dipelihara..semuanya bermula dari dalam diri,bukan nak memandai tapi itu hakikatnya...iman kena dijaga,dipelihara dan dibaja...bermula dengan memjaga hati...hati kena senantiasa baik,prasangka baik dan berlaku baik....
Ya ALLAH,ku mohon padaMU peliharalah hati kami agar senantiasa prasangka baik sesama manusia...amin
Assalamualaikum.....

selamat pagi sahabat2 yg ku cintai.....alhamdulillah ALLAH masih memberi kesempatan untuk kita bernafas dibumi yang damai dan permai ini...syukur

mulakan hari ini dengan ucapan BISMILLAH,mudah2an mendapat keberkatan....amin

sama2 kita doakan agar hari ini,adalah hari yang terbaik dari semalam....

Thursday 20 October 2011

20.10.11

sejuk cuaca diluar dari tadik ujan membasahi bumi dibawah bayu tok...alhamdulillah terima kasih ALLAH,ada panas,ada ujan dan sekali-sekala berlaku angin kuat namun x sekuat puting beliung....ari ke2,senggugut ku alami...sakitnya hanya diriMu yg tahu...mungkin begitu rasanya seorg wanita bertarung nyawa melahirkan anak atau mungkin lebih "kesakitan"....sunggguh aku kesal aku xpernah merasa tapi aku redha........"kekuasaanMU"mungkin aku tidak layak memikul amanah dariMU...

kebahagiaan

Kebahagiaan 
terletak bukan pada 
memiliki yang terbaik 
tetapi timbul 
apabila masing-masing 
cuba berusaha
untuk saling melengkapi
kekurangan antara satu sama lain...